Anonymous
6 tahun
Perit Dalam Perut dan Usus
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dr.
Saya mengalami sakit dibahagia abs kanan. Saya telah berjumpa Dr dan diberi ubat ranitidine. Pedih seperti terbakar telah tiada tetapi sakit seperti pedih masih ada walaupun memakan ubat ranitidine.
Apakah faktor yang mungkin terjadi pada saya?
Sekian.
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan simptom anda, anda mungkin mengalami
- Gastritis/gastric ulcer
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!* Gastrik yang disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.





























