
anahamba83
5 tahun
Perjalanan ke negara dalam senarai tidak berisiko
Sy bersama Isteri berumur 30 tahun dan anak-anak masing-masing berumur 4 tahun dan 10 bulan ada perancangan ke Indonesia pada 2/4/2020…
Apakah pada pendapat Doc. kami perlu membatalkan perjalanan kami…
Kami risaukan keadaan di lapangan terbang antarabangsa…
Terima kasih Doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan anda. Indonesia tidak tersenarai dalam negara berisiko tinggi untuk COVID-19. Namun, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya ingin ke luar negara buat waktu ini. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Terima kasih sekali lagi.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini