
m.asyrul0401
5 tahun
Perlu kuarantine tak sebab saya baru balik dari bali indonesia 2 hari lepas
Saya dan keluarga baru pulang dari bali indonesia 2 hari lepas. Kami sekeluarga tiada masalah kesihatan tapi adakah perlu saya dan keluarga buat health screening?

5 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Oleh kerana anda dan keluarga baru pulang dari Bali,Indonesia anda dan keluarga anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda dan keluarga anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda dan keluarga anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Buat masa ini hospital kerajaan merupakan tempat ujian saringan dijalankan. Anda boleh mengunjungi mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan ujian saringan tersebut. Disini saya lampirkan senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan Berikut merupakan senarai hospital jika anda ingin melakukan ujian untuk COVID-19. (Designated Hospital for COVID-19)
Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan ujian saringan dari rumah. Sekiranya anda berminat, anda boleh menghubungi kami melalui link ini. COVID-19 Screening At Home.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini