
Sulit
3 tahun
Perlu menghentikan ubat semasa hendak mengambil vaksin?
Saya ada mengambil ubat Remeron 45mg, perlukan saya hentikan ubat ini beberapa hari sebelum mengambil vaksin?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami sangat memahami kegusaran dan kekhuatiran anda berkenaan pengubatan anda dan vaksinasi. Namun untuk pengetahuan anda, setiap pemeriksaan saranan doktor kepada seorang pesakit perlu diiringi dengan:
- hasil soal selidik (anamnesis / clerking) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (sekiranya perlu)
Bagi menentukan langkah-langkah rawatan yang lebih khusus dan tepat serta jika terdapat kontraindikasi vaksin.
Selain itu, mengambil sesuatu langkah tanpa merujuk doktor terlebih dahulu lazimnya boleh mengakibatkan:
- proses rawatan susulan yang kurang efektif
- potensi interaksi ubat, tubuh badan dan vaksin
- kesan sampingan yang dapat membahayakan kesihatan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini