
Sulit
3 tahun
Perlu menjalani swab test covid19 semula?
Saya wanita berumur 28 tahun, saya telah menjalani swab test bertarikh semalam 23/5/21 dan result adalah negative. Adakah perlu lagi untuk menjalani swab test pada 25/5/21 disebabkan syarikat kami telah ditutup kerana mempunyai record positif covid19 dan pihak syarikat menyuruh untuk datang menjalani swab test semula pada 25/5/21. Tambahan lagi saya bukan kontek rapat dengan positif covid19. Boleh nasihatkan jika saya perlu jalani swab test covid19 lagi? Terima kasih banyak-banyak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Seseorang itu boleh menyebarkan virus dalam waktu 14 hari sebelum individu itu mengeluarkan gejala dan tanda-tanda jangkitan Covid-19. Walaupun ujian Covid-19 anda negatif saat ini, lazimnya anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan kali kedua menggunakan cara saringan yang berbeza.
Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.
Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini