
faidhi.abdullah
4 tahun
Perlukah pemeriksaan Coronavirus?
Saya ada pergi ke Pejabat UDA HQ pada 28/1/2020 sehingga 06/02/2020 dan juga pada 25&27/2/2020. Saya telah pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah Petaling pada 2/3/2020. Dan pada ketika itu saya tidak mempunyai sebarang simptom. Jadi mereka tidak mengambil sampel dari saya untuk diperiksa.
Sehari dua ini, saya ada batuk (berkahak) sedikit, dan hidung berhingus. Adakah saya perlu pergi semula untuk pemeriksaan coronavirus?
Terima Kasih.

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Oleh kerana anda mengalami batuk dan hidung berhingus anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini