Anonymous
4 tahun
Perlukah rawatan susulan Tiriod
Saya wanita berusia 45 tahun pengidap diabetis. Pd thn lepas saya menjalani pembedahan "Endoscopic Right Hemithyroidectomy " di klinik pakar.
Keputusan doktor pakar saya menghidapi Euthyroid dan telah pulih dari pembedahan tersebut.Saya juga tidak di bekalkan apa2 ubatan.
Masalahnya sejak beberapa bulan ini saya mengalami:-
- Debaran jantung yg kuat
- Berpeluh dan resah
- Batuk sehingga kadangkala susah bernafas
- Mudah berasa marah
Saya ada ke klinik kerajaan atas rawatan susulan dan bila saya bertanya pada doktor bertugas doktor tersebut mengatakan takder masalah serius dan tiada apa2 ubatan yg di berikan
Saya harap dr dapat membantu saya dalam memberi pandangan.
Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
memandangkan anda ada simptom tersebut berkemungkinan besar anda mempunyai hyperthyroidism. Selain daripada simptom yang anda nyatakan, terdapat simptom lain seperti
- tidak tahan kepada keadaan sekeliling yang panas
- tangan ada bergetar
- berasa lebih bertenaga dari biasa
Diagnosis hyperthyroidism lazimnya dibuat berdasarkan simptom dan ujian makmal thyroid function test. Oleh itu, anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan lain, swasta ataupun membuat ujian thyroid di makmal swasta sekiranya anda kurang berpuas hati dengan pendapat pertama. Anda juga boleh Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Terima kasih