Sulit
5 tahun
Perlukah say dan anak menjalani saringan covid 19
Saya seorang pekerja frontliner saya mengalami gejala batuk dan sekidit sakit kepala. Saya sedikit risau kerana anak saya berumur 1 tahun mengalami demam batuk dan hidung berhingus hari ke4.
Anak saya telah berjumpa doktor klinik swasta hati ke2 demam Di beri ubat demam dan batuk serta spray hidung. Masalahnya demam anak saya masih tidak pulih. Apabila makan ubat demam nya tiada. Apabila selepas 5 jam makan ubat badan anak saya kembali panas. Perlukah saya kembali ke klinik sawasta tersebut atau saya patut terus ke klinik kesihatan berhampiran.
Saya bekerja yang berhubung dengan orang ramai… Selain itu saya ade pergi ke pasaraya dan kenduri kawin. Amat risau dengan situasi sekarang kerana kita tidak tau siapa pembawa virus tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Saya dapati anda serta anak mengalami masalah seperti demam, batuk, hingus serta sakit kepala. Seperti yang anda ketahui, gejala jangkitan coronavirus adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, untuk membantu pakar perubatan membuat keputusan risiko seseorang individu haruslah diketahui. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19.
Buat masa sekarang, anda digalakkan untuk mengawasi gejala anda. Sekiranya ia semakin teruk atau berlarutan, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Selain itu, amat disarankan untuk anda mengamalkan langkah pencegahahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































