
Sulit
3 tahun
Perlukah saya buat 2nd swab
Salam Dr,
Saya ingin bertanya. Hari sabtu lepas saya demam (suhu 38.+ , pening & sakit badan).
Hari ahad saya swab pcr + rtk dan malam tu result saya keluar -ve. Pada hari khamis sebelum tu saya membuat saliva test (-ve) kebetulan saya buat sbb viral. Bermula pada hari ahad sehingga hari ini jumaat saya tidak mengalami demam atau sebagainya (sihat mcm biasa).
Sekarang saya kuarintin kendiri (inisiatif sendiri), risau akan terdedahnya ahli keluarga.
Soalan saya, perlukah saya membuat 2nd swab ? dan kalau ya berapa lama tempoh dari 1st swab ke 2nd swab ? terima kasih dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala demam dan sakit badan pada sabtu lepas. Anda telahpun mengambil ujian pcr, rtk dan saliva test yang menunjukkan keputusan negatif. Anda ingin mengetahui jika anda perlu membuat swab test kali kedua. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangakan keputusan ujian anda adalah negatif, kemungkinan untuk anda dijangkiti virus Covid-19 adalah sangat rendah. Tambahan pula, anda telah menjalankan kuarantin kendiri dan tidak lagi mengalami sebarang gejala. Oleh itu, anda tidak perlu menjalankan ujian untuk kali kedua kerana walaupun anda telah dijangkiti virus tersebut, kadar kebolehjangkitan akan menjadi sangat rendah selepas tempoh kuarantin.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini