Sulit
5 tahun
Perlukah saya buat pemeriksaan pulang dari Indonesia?
hi Doctor. saya perempuan berumur 26tahun dan baru pulang bersama adik saya dari Indonesia pada 3March 2020. saya telah melakukan test yang disediakan di website dan keputusan saya ialah minimal untuk dijangkiti corona.
Akan tetapi saya bimbang kerana, tekak saya seperti rasa nak sakit tetapi hilang semula (on and off). pada 2 hari lepas pembuangan air besar di waktu pagi seperti cirit birit sedikit di waktu pagi sahaja. saya tidak batuk namun seperti ada kahak tersangkut dan apabila saya cuba buang kahak tersebut saat bangun dari tidur ada sedikit darah. dan ini berlaku 2 kali. di hari lain-lain.
saya tidak mempunyai demam, selsema dan batuk.
adakah perlu saya membuat pemeriksaan dan perlukah saya kuarantin kan diri saya? dan adakah penyakit Corona ini perlu mempunyai kesemua simptom yang dicatatkan di website kkm dan simptom tersebut harus secara berterusan atau on and off? untuk maklumat doctor, saya juga tidak putus untuk minum air masak 3litre sehari. thank you doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk menjawab pertanyaan anda, tidak semestinya semua gejala berlaku sekiranya terkena jangkitan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia gejala yang paling selalu terjadi sekiranya terkena jangkitan adalah demam dan batuk. Kadang-kadang ada diantara pesakit yang mengalami keletihan, sakit badan, sakit tekak, sakit kepala serta sesak nafas. Gejala yang jarang tetapi ada berlaku kepada pesakit adalah selsema serta hidung berhingus dan cirit birit.
Buat masa sekarang, apa yag boleh saya nasihatkan adalah untuk anda mengawasi simptom anda. Mengamalkan langkah pencegahan seperti yang berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Selain itu amalkan langkah untuk meningkatkan sistem imuniti anda dengan mengambil diet yang seimbang, banyakkan bersenam, dapatkan rehat yang cukup dan ambil vitamin tambahan.
Sekiranya masalah anda berterusan atau semakin parah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca sebenar. Hal ini kerana selain COVID-19 terdapat sebab lain yang boleh menyebabkan gejala anda. Namun untuk mendapatkan kesimpulan, maklumat lanjut serta pemeriksaan diperlukan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































