
Sulit
5 tahun
Perlukah saya buat ujian covid19?
Saya berusia 37thn. saya mengalami mild fever on off, batuk2, selsema, sakit2 badan dan short of breath. sy juga penghidap asma. Sy telah pergi bercuti bersama kawan saya yg kini masih di kuarantin covid19 disebabkan adik dia +ve covid. Kami bercuti pada 29 februari. Adik dia di sahkan +ve 28 februari. Namun hasil test utk kawan saya ialah -ve. Adakah saya berisiko tinggi? Perlukah saya mengambil ujian covid19 ini? (adik dia bukan close contact dgn saya. tidak ikut bersama pergi bercuti)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui penerangan yang anda berikan, saya dapati kawan anda sedang dikuarantin kerana adik dia disahkan positif COVID-19. Namun begitu, kawan anda telah disahkan negatif untuk ujuak COVID-19. Justeru anda ingin tahu apakah risiko anda terhadap jangkitan ini serta adakah perlu untuk anda mengambil ujian COVID-19.
Untuk mengetahui keperluan untuk membuat ujian COVID-19, penilaian risiko harus dijalankan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Namun begitu, nasihat saya agar anda sentiasa mengamalkan amalan pencegahan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Selain dari COVID-19, terdapat banyak sebab lain yang boleh menyebabkan gejala yang anda sedang hadapi. Seperti asma, jangkitan kuman dan virus lain, pneumonia, penyakit tibi serta allergic rhinitis. Oleh itu anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan punca sakit anda dengan tepat.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini