
dyna8186
5 tahun
Perlukah saya membuat ujian covid-19?
Saya wanita berumur 34 tahun dan tidak mempunyai sejarah perjalanan keluar negara pada tahun ini. Seminggu yang lepas saya mengalami batuk yang tidak terlalu teruk, selesema, demam biasa, dada sebak dan semua ini pulih selepas saya mengambil ubat. Kecuali sakit dada yang masih sara rasai sehingga ke hari ini. Ia lega seketika apabila saya meletakkan vicks vaporub (on dan off). Hari ini selepas bangun daripada tidur, belakang badan saya terasa lenguh dan sesak di bahagian dada masih belum hilang sepenuhnya. Minggu lepas pejabat saya diberitahu kemungkinan ada di antara kami berhadapan kes tier2 atau tier3. Saya agak bimbang dengan keadaan ini memandangkan bapa saya berumur 80 tahun manakala ibu saya berumur 68 tahun, mempunyai penyakit diabetis dan darah tinggi (menunjukkan simptom batuk). Soalan saya perlukah saya dan ibu membuat ujian Covid-19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, sukar untuk menentukan keperluan untuk anda membuat ujian COVID-19.
Maka, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala anda serta kedua ibu bapa anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini