
Sulit
4 tahun
Perlukah tulis perihal kandungan masa lalu?
Saya skrg tgh mengandung 22minggu. Dah buka buku ketika 18minggu. Dua tahun lepas (2017) saya mengandung buat kali pertama dan selamat melahirkan pd Mac 2018 (anak luar nikah). Tetapi anak itu telah saya berikn kpd makcik saya utk dijdikn anak angkatnya. Dan skrg sy telah berkahwin, suami saya tahu perihal kandungan saya masa lalu. Ttpi kluarga suami tdk tahu. Dan dia menyuruh sya utk lupakan masa lalu. Persoalannya skrg, ketika buka buku ibu mengandung saya tdk memberitahu nurse perihal kandungan saya masa lalu kerana saya takut ibu suami akan check buku trsebut. Adakah tindakan tidak membahayakan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan ataupun dilema yang anda hadapi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Namun begitu, perihal kandungan masa lalu ataupun sejarah kehamilan anda penting untuk diketahui oleh doktor ataupun pegawai kesihatan seperti nurse. Hal ini adalah untuk kepentingan kesihatan anda sendiri. Selain itu, hal ini juga bagi mengenal pasti sebarang kemungkinan komplikasi atau risiko kesihatan untuk kehamilan anda yang sekarang. Untuk menjawab persoalan tentang bahaya ataupun tidak, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda berkenaan kehamilan masa lalu anda seperti cara persalinan serta maklumat kesihatan anda yang lain seperti diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi. Justeru itu, saya menyarankan anda untuk berjumpa atau bertanya langsung dengan doktor anda bagi mendapatkan pemeriksaan fizikal serta nasihat yang lebih tepat.
Sekiranya anda tidak merasa selesa untuk berkongsi maklumat tersebut atau maklumat mengenai kesihatan anda, anda disarankan untuk mencari doktor yang anda merasa selesa untuk bercakap secara terbuka.Para doktor tidak akan menilai keputusan atau pilihan anda, jadi anda harus benar-benar jujur mengenai kesihatan sistem kandungan anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih