zainuras
6 tahun
Perlukan saya buat saringan covid-19
Doctor, saya baru pulang bercuti dari Netherland dan Austria pada 28/2 (penerbangan pergi pada 15/2) melalui Dubai.
Saya bekerja dari rumah sejak pulang kerana majikan mengarahkan saya untuk utk ‘self quarantine’ selama 2 minggu.
Saya sihat sepanjang masa disana. Saya mula megalami sakit tekak yg ringan bila pulang dan mula mengalami batuk (dry-cough) sejak 2-3 hari lalu sehingga mengganggu tidur saya.
adakah saya perlu untuk pergi membuat pemeriksaan saringan di Hospital.
6 tahun
Salam sejahtera
Saya ambil maklum bahawa anda baru sahaja pulang bercuti dari negara Netherland dan Austria. Anda juga sedang bekerja dari rumah dan kini mengalami simptom batuk. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih untuk soalan anda. Semoga anda cepat sihat.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































