cikumiy90
4 tahun
Pernafasan laju asma
anak saya berumur 1tahun4bln…bila dia selsema dan batuk,pernafasan dia laju…bln lepas dia baru masuk wad disebabkan pernafasan dia laju…nk tnya doktwr mcm mn sy nk rawat dia agar dia sentiasa sehat…vitamin ke apa2 ja la yg boleh sy bagi utk dia…dan sy nk mintak cadangan dokter makanan dan buah apa saja yg dia boleh makan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bagi melegakan selsema, batuk dan pernafasan laju, pertama sekali, penting untuk puan mengetahui diagnosis penyakit anak puan agar maklumat tepat dapat diberikan. Seandainya diagnosis penyakit adalah asma, harus diketahui bahawa penyakit asma mempunyai trigger yaitu pencetus kejadian penyakit. Trigger ini harus dikontrol atau dielakkan agar episode sesak, batuk dan bunyi dada tidak terjadi. Antara trigger yang biasa adalah:
- Sejuk contohnya malam atau udara sejuk
- Debu, habuk
- Asap rokok
- Emosi yang berlebihan seperti terlalu marah atau terlalu gembira
- Aktiviti fizikal yang berat contohnya suka yang berat
Untuk pemakanan pula, adalah digalakkan untuk memberikan makanan seimbang yang kaya energi yang mengandungi semua kelas makanan dalam kadar yang dicadangkan selagi anak anda tidak mempunyai alergi terhadap bahan makanan tersebut.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri dapat menganggu rutin harian dan pembesaran anak, maka sebaiknya anda mendapatkan perawatan yang tuntas untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.