
Anonymous
6 tahun
Persoalan mengenai haid yang tidak teratur
Saya berusia 27 tahun. Nak masuk 9 bulan berkahwin. Haid sy kadang2 bila nk berganjah tarikh jd tak teratur. Sejak berkahwin haid sy on point.
Pada bulan Okotber 2018 sy datang bulan pada 23/10/2018-28/10/2018. Bulan November 2018 sy tak datang bulan tp pada Disember 2018 sy datang bulan pada 5/12/2018 tp cuma keluar seperti nk penghujung period, pada 7/12/2018 dy mula keluar banyak dan pada waktu malam sy berasa sakit yg teramat di bahagian perut bawah pusat dan di kemaluan sy. Keesokan pg nk mandi sy tengok di pad sy ade sesuatu yg keluar, nk kata darah beku dy tk full merah kehitaman mcm selalu nie dy ade sikit merah kehitaman dan bercampur mcm warna merah2 pink. Persoalan sy, adakah ianya merbahaya doktor?

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Haid yang tidak teratur mempunyai banyak sebab. Antaranya:
- Perubahan hormon - ini selalunya berlaku kepada wanita yang baru akil baligh atau menghampiri umur menopause, namun masalah kesihatan seperti Polycystic Ovarian Syndrom juga boleh menyebabkan hormon tidak seimbang
- Pengambilan pil perancang atau penggunaan alat perancang kehamilan di dalam rahim
- Perubahan berat badan mendadak sama ada dari segi penurunan atau penambahan berat badan
- Gangguan emosi
- Masalah pemakanan seperti aneroxia dan bulimia
- Wanita yang terlibat dalam aktiviti sukan secara aktif
Untuk mengenal pasti punca haid tidak teratur serta simptom sakit perut dan pendarahan yang anda terangkan, maklumat lebih lanjut adalah diperlukan. Anda juga mungkin perlu menjalani pemeriksaan dan ujian lanjut. Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor. Anda boleh klik pada link ini untuk menghubungi doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Harap membantu.
Terima kasih.