
khodijah105
5 tahun
Pertanyaan berkaitan symptom covid 19
saya wanita berumur 34 tahun dan sedang hamil 17w. setiap hari saya menaiki LRT utk ke pejabat. dah 2 hari rasa perit di tekak, sakit kepala dan lenguh di kaki. apa yg perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda hamil dan mengalami sakit tekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Simptom yang suami anda alami kini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan pada kerongkong
- Alahan
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Oleh kerana anda hamil juga, sila kunjungi doktor terdekat untuk pemeriksaan lanjut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini