
Sulit
3 tahun
Pertanyaan berkenaan dose 2
Hi doc saya nak tanya berkenaan vaccine .Pada 16/07 saya telah disahkan +Ve covid dan telah discharge pada 23/07 di pkrc dan 04/08 saya telah dapat temujanji unthk suntikan dose 1 pfizer dan tarikh untuk dose 2 saya pada 25/08. Tetapi sehingga kini dada saya pandai sakit rasa macam gastric dada saya kadang² sakit seperti di tusuk² dan pedih di kawasan dada,ada juga masa pandai sesak nafas Adakah boleh ambil dose 2 seperti biasa atau saya kena jumpa doc dahulu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, setiap individu harus mendapatkan vaksin Covid-19 kecuali individu yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan. Anda memaklumkan bahawa anda mengalami gejala sakit dada seperti sakit gastrik dan sesak nafas. Anda masih boleh mendapatkan vaksin suntikan dos kedua tetapi sebaiknya anda merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mengetahui punca gejala anda. Doktor akan menasihatkan anda mengenai pengambilan vaksin setelah menilai tahap kesihatan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini