
Sulit
4 tahun
Pertanyaan berkenaan ubat
Saya ada masalh gerd dan hiatus hernia. Sebelum ni saya makan pantoprazole dan sakit tu berkurangan. Masalah saya sekarang saya pregnant 15 minggu dan gerd menyerang kembali dan membuatkan saya tak selesa
. Saya ada juga makan ubat angin yang klinik kesihatan bagi tp sakit tak berkurangan. Boleh ke makan pantoprazole semasa pregnant?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Pantoprazole adalah sejenis ubat proton pump inhibitor. Ini bermaksud, ubat ini berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran asid perut. Tujuan pemberian ubat ini oleh doktor ortopedik anda adalah kerana ubat-ubatan ortopedik sering menyebabkan peningkatan pengeluaran asid perut. Justeru ubat PPI seperi Pantoprazole diberikan sebagai pendamping agar asid perut tidak bertambah. Asid perut yang bertambah dapat melukakan lapisan dinding perut anda. Ini dapat menimbulkan masalah lain seperti gastritis.
Berikut adalah kegunaan ataupun indikasi lain pemberian ubat Pantoprazole:
- Zollinger-Ellison syndrome
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:
- Defisiensi vitamin B12 (long-term therapy)
- Jangkitan gastrointestinal
- Mual, muntah
- Cirit birit,
- Sembelit
- Sakit perut
- Dispepsia
- Mulut kering
- Letih lemah
Melalui bacaan ilmiah kami, tidak ada kajian menunjukkan bahawa ubat ini memberikam kesan negatif kepada kandungan
Oleh itu, sekiranya gejala tidak membaik, sebaiknya anda rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih