
Sulit
5 tahun
Pertanyaan mengenai Covid-19, do i need to get myself tested?
Saya Wanita berumur 24 tahun. Saya baru pulang dari South Korea. Hari tu ada cough-flu sikit tapi dah baik. Demam takda. Breathing difficulty ada tapi saya penghidap asma. Dah pergi ambil neb so now okay but do i need to get myself tested in case?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Berdasarkan kefahaman saya, anda mempunyai sejarah ke South Korea dan telah mengalami simptom-simptom batuk dan selsema dengan kesukaran bernafas. Anda juga pengidap asma. Saya fahami kebimbangan anda di sini kerana South Korea merupakan salah satu negara yang tinggi dengan kes COVID-19. Untuk menentukan jika anda perlukan ujian COVID-19, anda digalakkan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko rendah: Ikuti langkah-langkah yang telah kami sediakan untuk memastikan kesihatan anda sentiasa terjamin! Semoga kekal sihat dan jagalah kebersihan diri sendiri.
Risiko sederhana-rendah: Sila pantau gejala anda dan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan jika gejala ini berkekalan atau berlarutan.Anda diminta untuk mendapatkan nasihat dan ubat-ubatan daripada doktor pakar kami. Pada masa yang sama, ikuti langkah-langkah pencegahan yang telah kami sediakan untuk memastikan anda tidak menjangkiti orang sekeliling anda.
Risiko sederhana-tinggi: Anda perlu untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sekurang-kurangnya 14 hari. Anda juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam. Dapatkan nasihat daripada doktor pakar kami untuk menilai tahap risiko anda dengan lebih lanjut. Pada masa yang sama, ikuti langkah-langkah yang telah kami sediakan untuk memastikan anda tidak menjangkiti orang sekeliling anda.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasiliti kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain COVID-19, simptom batuk dan selsema boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus lain
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini