
miss.ayka24
4 tahun
Pertanyaan mengenai kehamilan diri
Saya wanita berumur 24 tahun. saya telah mengambil suntikan perancang selepas melahirkan anak pertama dan berhenti atah berhenti mengambil suntikan perancang pada pertengahan tahun lepas. saya mengalami period tidak teratur disebabkan suntikan. pada bulan mac 2020, period saya kembali normal hingga hulan mei 2020. tarikh mula period terakhir saya pada 29/5/2020 (dengan kitaran haid 24-28hari) . Mengikut aplikasi kalender period ,saya sepatut saya mula period pada 24/6/2020.kini masuk hari keenam saya lewat. dan terasa sakit dibahagian bawah perut. saya telah membuat ujian kehamilan upt strip sebanyak 3 kali pada hari inidan keputusan nya positif. Adakah saya mengandung? harapndoc dapat memberi maklumbalas. terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Oleh kerana anda telah mengambil ujian UPT sebanyak 3 kali dan semuanya positif, maka jawapannya ya, anda hamil. Tahniah kepada anda. Anda disarankan untuk ke klinik kesihatan bagi tujuan ‘booking’ dan dapatkan buku merah jambu. Ia adalah penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan kehamilan seawal yang boleh.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.