
Sulit
3 tahun
Pertanyaan tentang keadaan berak
Saya lelaki 20 tahun.saya ingin tanya saya hari2 berak dgn 1 kali tetapi berak saya bukan yang mcm batang… dia hanya mcm biji2 tapi nampak soft atau berak yang x biji just… ada ini ciri hiv simpston. Sebab saya ada seks dgn ringan2… skrg dh nak 60 hari dan sye telah semak rapid test hiv pada hari-ke 42 dan result adalah negative. Adakah berak sye menunjuk hiv?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap najis anda yang kecil memandangkan anda tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Najis yang kecil atau berbentuk pellet menandakan terdapat sesuatu sedang berlaku di dalam usus anda atau menyekat laluan najis. Antara faktor yang menyebabkan mengapa seseorang mengeluarkan najis yang kecil adalah:
- Polip usus (colorectal polyps)
- Pergerakan usus yang perlahan
- Kanser usus
- Pemakanan
Mengenai keputusan rapid HIV negatif yang dibuat oleh anda, ia bukan bermakna anda bebas daripada jangkitan tersebut kerana rapid test hanyalah merupakan saringan dan ujian pengesahan HIV juga perlu dibuat untuk menentukan status HIV anda.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.