Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang kemungkinan dijangkiti
Salam n hi, bagaimana ingin mengesan jika saya dijangkiti covid 19 dengan cepat selain dari mengguna kan covid test?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, langkah mengesan selain daripada ujian covid kurang memuaskan sebab sebanyak 50 peratus pesakit covid adalah tidak bergejala, dan mengikuti garis panduan jangkitan covid 19, keputusan ujian PCR adalah paling tepat dan ia adalah standard emas untuk mengesahkan jangkitan covid.
Oleh itu, sekiranya anda berminat untuk menyaring diri, anda boleh menggunakan kit ujian covid-19 kendiri yang disahkan oleh KKM atau menjalani covid swab test dahulu di mana-mana klinik kesihatan atau swasta.
Sekiranya anda adalah kontrak rapat, langkah ini juga akan jadi kurang memuaskan dan anda perlulah kemas kini status anda dalam app MySejahtera serta munghubungi jabatan berkaitan untuk menjalani ujian covid yang lebih lanjut, iaitu PCR.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































