Sulit
5 tahun
Pertanyaan tentang kontrak rapat covid 19
Hai saya nak tanya if ayah saya kontrak rapat dgn pesakit covid 19, family yg lain pun dikira sbgai kontrak rapat juga la kan? And andai kata result ayah saya negatif ahli keluarga lain kena kuarantin juga ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, memandangkan ayah anda adalah kontak rapat pesakit Covid-19, ayah anda perlu menjalakan kuaratin seperti yang ditetapkan. Sekiranya keluarga anda tidak mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit Covid-19 tersebut, anda sekeluarga dikategorikan sebagai kontak kasual. Risiko untuk jangkitan virus ini adalah rendah bagi kontak kasual, oleh itu, anda sekeluarga tidak perlu menjalankan kuarantin. Anda sekeluarga harus memantau tahap kesihatan kendiri selama 14 hari dan mengemaskini maklumat pada MySejahtera. Jika anda atau ahli keluarga lain mempunyai gejala, anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk menjalankan ujian saringan Covid-19.
Jika ayah anda disahkan positif Covid-19, maka anda sekeluarga menjadi kontak rapat ayah anda dan perlu menjalankan kuarantin. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































