
noorsolehin
4 tahun
Pertanyaan untuk covid test setelah home isolation selama 9 hari dan ujian saringan menunjukkan result negative tiga kali semasa hari ke tiga, kelima dan ke tujuh dari tarikh exposure
Saya lelaki berumur 26 tahun. Saya dapat tahu yang kawan yang telah bersama2 main bola keranjang pada 1hb jan yang lalu positif covid, dan Saya telah diberitahu oleh kawan Saya pada 3hb jan. Saya terus memilih untuk mengasingkan diri dan telah melakukan ujian saringan RTK pada 3hb jan, ujian PCR pada 5hb dan Sekali lagi RTK pada 7hb kerana ada rasa tidak selesa pada tekak, namun tiada simptom2 yang lain. Semua ujian didapati negatif.
Mengikut jawapan Pejabat Kesihatan Daerah, nama saya tiada di senarai kontak rapat, namun kerana terdapat pendedahan kepada orang yang positif, Saya agak ragu-ragu dengan status saya sebagai kontak rapat ataupun tidak.
Hari ni merupakan hari kelapan home isolation saya. Kalau ikutkan, saya dikira okay jika saya tiada simptom sehingga hari kesembilan setelah exposure dengan pesakit positif. Adakah saya perlu untuk membuat ujian saringan Sekali lagi pada hari kesembilan, atau tiga ujian sebelum ini (2 kali RTK dan 1 PCR) sudah memadai?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Seseorang itu boleh menyebarkan virus dalam waktu 14 hari sebelum individu itu mengeluarkan gejala dan tanda-tanda jangkitan Covid-19. Walaupun ujian Covid-19 anda negatif saat ini, lazimnya anda di galakkan untuk melakukan ujian saringan kali kedua menggunakan cara saringan yang berbeza kerana anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Hal ini adalah kerana kebarangkalian untuk anda masih berpotensi terinfeksi adalah tinggi, ini bermakna satu kali ujian saringan masih tidak memadai untuk mendapatkan hasil saringan yang lebih tepat.
Justeru saya sangat menggalakkan anda untuk mengemukakan info dan cerita yang sama kepada klinik kesihatan atau hospital yang terdekat bagi mengetahui kondisi anda yang sebenar sebagai langkah berjaga-jaga.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini secara berkala di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal dan pakai pelitup muka apabila anda berada di luar atau di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini