
sernanngan
5 tahun
Pertanyaan Virus Covid-19
Saya nak tahu adakah virus Covid-19 memberikan impak kepada jantung.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, virus COVID-19 merupakan virus yang baru dan rawatan serta maklumat terperinci adalah masih dalam kajian. Secara amnya, ia akan mengakibatkan masalah kepada sistem pernafasan sehinggakan boleh mengakibatkan kegagalan pernafasan dan juga kematian. Jika terdapat pesakit yang mempunyai masalah jantung, ia akan meningkatkan risiko untuk mendapatkan komplikasi hasil daripada jangkitan COVID-19.
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini