
norsuriana52
5 tahun
Perubahan pada diri
Saya yana wanita berumur 27 tahun dan sudah berkahwin 7 tahun…saya ingin bertanya…saya alami sembelit sejak kebelakangan ini…letih lesu…rasa ingin tidur…kerap buang air kecil…pinggang sakit sikit… dan hari ini saya rasa loya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Kehamilan
- Jangkitan saluran air kencing
- Appendicitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.