Sulit
4 tahun
Perubahan sikap dan tingkahlaku
Hiii…saya di sini ingin bertanya,saya mempunyai kakak ipar yg berumur 21 tahun…dahulu dy seorang periang,suka bercakap,suka bercerita,tetapi tiba² dia berubah…mnjadi seorng yang pendiam,tidak mahu bergaul,bercakap benda yg bukan²,bercakap seorng diri serta menangis dan suka berfikiran negetif…kmi sudah buntu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, hanya dengan penjelasan di atas, sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai keadaan anda.
Sebaiknya, anda merujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor di klinik/hospital berhampiran. Dari situ mereka akan melakukan pemeriksaan dan menanyakan beberapa soalan kemudian merujuk kepada pakar psikiatri jika perlu. Justeru, rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda bagi mengatasi masalah ini demi kebaikan diri anda.
Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sebelum keadaan anda semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























