
Sulit
4 tahun
Perut asyik berbunyi
Hi doc, im 20 years old female, nak tanya apa perlu buat kau perut asyik berbunyi dan lapar. Padahal saya dah makan bagi menghilangkan rasa lapar tapi tak sampai 2jam rasa lapar tu datang balik dan perut saya pun rasa tak selesa. Benda ni amat mengganggu waktu tidur saya kerana saya tak.boleh tidur sebab perut berasa lapar. Apa perlu saya buat dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- boleh menjadi normal bagi segelintir masyarakat (perut berangin)
- Sindrom usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- Penyakit coeliac
- Radang usus (Colitis)
- kantung pada usus (Diverticulitis)
Walaubagaimanapun, ini hanya la keterangan am tentang masalah ini, jika anda mempunyai sebarang masalah boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ini ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi jika anda ada persoalan tentang isu ini. Terima kasih.