
Sulit
4 tahun
Perut bahagian dalam kerap mengeluarkan bunyi seperti lapar dan seperti ada benda didalam nya bergerak
Saya lelaki berumur 18 tahun perut saya mengalami masalah dimana terasa kerap bergerak dan bergetar seperti lapar tapi saya rasa berbeza sikit sebab biasa nya kalau lapar perut saya akan berbunyi dan bergetar di bawah tetapi harini dia bergetar di bahagian kiri rusuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Pergerakan usus yang terlalu aktif
- Proses pencernaan sedang berlaku
- Pergerakan gas di dalam perut atau usus
- Hernia
Namun, ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya perkara tersebut mengganggu anda ataupun jika anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Muntah dan loya
- Demam
- Cirit-birit
- Sembelit
- Sakit perut
- Aktiviti harian atau tidur terganggu
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.