
Sulit
3 tahun
Perut bahgian bawah makin besar dan penuh stretch mark
sy wanita brumur 25 thun,sudah berkahwin… sejak akhir ini perut sy kelihatan besar,dibhgian bwh tekan terasa sakit… upt negatif… perut terasa penuh dan kenyang ,rsa nyeri yg tajam menusuk… dn pernah mengalami pendarahan haid dlm kuantiti yg banyak sgt…adakah slh stu tanda cyst ?? payudara sy juga seperti lembut dn berat makin bertambah…rambut juga byk keguguran,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami dan bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu perut bahagian bawah yang semakin membesar. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- Alahan pada sesetengah makanan
- Ketumbuhan pada organ dalam perut/ reproduktif wanita.
Jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, tiada selera makan, kurang berat badan, anda perlu segera ke hospital. Tidak kurang juga, berkenaan pendarahan haid yang terlalu banyak, jika ia mengakibatkan keadaan seperti lesu, pening kepala dan rasa hendak pitam, sila dapatkan bantuan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Terima kasih.
Perlukan khidmat nasihat daripada pakar? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!