
Anonymous
2 tahun
Perut belah kiri berdenyut denyut sakit
Saya wanita 19 an perut belah kiri terlalu teramat sakit ada masa perut berdenyut denyut laju

5 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapiUntuk makluman pihak puan, maklumat lebih mendalam diperlukan untuk menjawab soalan anda. Antara perkara penting yang perlu kami ketahui adalah seperti:
- Tempat kesakitan bahagian kiri secara spesifik seperti dada, perut, pinggang, kaki, tangan dan sebagainya.
- Maklumat tentang ciri kesakitan
- Simptom lain yang dialami semasa sakit tersebut datang
- Maklumat tentang latar belakang kesihatan anda
Namun begitu, secara umumnya , punca punca yang boleh menyebabkan masalah yang anda alami ialah:
- Keracunan makanan
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.