jesruby90
6 tahun
Perut berangin dan pinggang terasa tegang
Saya wanita 26 tahun. Perut saya terasa berangin dan kadang2 terasa seperti dicucuk2. Sakit perut yang saya hadapi kejap ada kejap takde dan tidak terlalu sakit. Dan pinggang saya terasa seperti berat dan tegang. apakah masalah yang saya hadapi? Hrp doktor dapat membantu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut atau perut berangin boleh disebabkan:
- Sindrom Iritasi Usus
- Penyakit Radang Usus
- Asid Refluks (Gastrik)
- Sindrom Pra-Menstruasi
- Radang buah pinggang - akibat jangkitan kuman/ batu karang/ auto-imun
- Fibroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























