
Sulit
4 tahun
Perut berbunyi angin kentut
Semalam sebelum tidur, perut saya mengeluarkan bunyi seperti kentut. Dalam masa 2saat. Itu selepas saya minum air dan baring. Untuk pengetahuan , sy dijangka kn untuk datang bulan semalam, tp telah lewat 1 hari. Dan sekarang , perut saya rasa mcm bengkak kiri kanan di bahagian perut. Semalam terasa nyeri di bahagian kanan , arini nyeri di bahagian kiri kanan. Apakah ade kena mengena dengan perut berbunyi angin kentut tu atau itu cuma petanda biasa nak dtg bulan. Untuk pengetahuan, perut saya berasa sgt sejuk.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami berbesar hati untuk membantu anda namun keterangan simptom anda kurang jelas bagi pihak kami. Kami memerlukan lebih banyak informasi tentang kesakitan di bahagian kiri dan kanan perut anda. Anda juga berasa sakit ini datang sebelum datang haid.
Walaubagaimanapun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor mengenai masalah yang anda hadapi bagi mengetahui punca dengan lebih teliti dan tepat, bagi mendapatkan rawatan yang sesuai dengan masalah anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.