Sulit
5 tahun
Perut berbunyi dah lebih sbulan
Saya lelaki umur 37…perut saya dh berbunyi lbih dri sebulan…bunyi mcm tgh lapar n tgh cirit…tp saya x cirit…berak najis mcm biasa…kdg2.2 hari skali…kdg2.hari2…x cirit…sndi2 lutut trsa sakit dlm skala 4/10…kdg2 sakit kepala…kdg2.bdn rsa sakit2…terutama di bhgian blkg n area tgkok…apa sbb ye doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat banyak soalan yang perlu diajukan untuk saya memahami gejala yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutamya jika masalah ini menganggu kualiti hidup anda atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.






























