
Sulit
2 tahun
Perut berdenyut tidak sakit
saya wanita 16 tahun , saya ingin bertanya , perut saya kerap berdenyut dari bulan lepas selepas datang haid sudah tiada denyutan nya , dan dia berdnyut kembali . sampai harini . haid saya datang seperti biasa . adakah ini normal ? saya seorang yang kurus . berdenyut sahaja tetapi tidak sakit dn tidak kacau harian saya . adakah ini normal untuk saya ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, denyutan pada bahagian perut mungkin berpunca daripada denyutan salur darah pada abdomen anda dan ia adalah normal untuk dirasai terutamanya bagi mereka yang bertubuh kurus.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.