
Anonymous
6 tahun
Perut besar seperti hamil
Saya telah berkhawin,3 bulan yg lepas,Tetapi,sejak 2 minggu yg lepas,saya perasan perut saya kelihatan besar Dan apabila saya sentuh bahagian rahim saya,kelihatan seperti kembung.Saya jugak ada garisan coklat Dari perut hingga ke tulang kemaluan saya.Tetapi saya belum menjalani ujian air kencing,period last saya pada 13 march

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, saya sarankan agar anda menjalankan ujian kehamilan. Jika anda mendapat keputusan ujian negatif, anda boleh mengulanginya selepas seminggu atau 2 minggu. Jika anda tidak hamil dan haid anda masih belum datang, sila dapatkan nasihat perubatan lanjut agar punca haid lewat , perut kembung atau masalah lain dapat diketahui. Jika anda positif ujian kehamilan, sila ke klinik berdekatan untuk temujanji pemeriksaan dan pemantauan kehamilan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.