
Sulit
3 tahun
Perut Buncit dan selulit merah timbul
Assalamualaikum, Saya berumur 33 tahun.Saya dah berkahwin setahun lebih, period saya tidak teratur dan baru baru ini period saya lewat 3 hari dan esokbya period tetapi selama 4 hari saja dan tiada darah period keluar lagi…macam sebelum ini period kadar datang selama 7 hari…Perut saya membuncit sedikit dan ada kesan selulit merah timbul serta gatal…Saya cuma ingin bertanya sama ada saya ada penyakit yang serius atau itu normal bagi orang buncit gatal2 merah selulit timbul pada perutnya…saya amat risau jika saya ada penyakit lain…mohon bantu saya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, perut membuncit, kesan selulit merah dan gatal boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan kulit, kesan alahan, kesan perubahan hormon dan selainnya.
Selain itu, perubahan pada kitaran haid anda juga boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti jangkitan, radang pelvis, sista, dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.