
Sulit
4 tahun
Perut buncit, mual, sakit di leher dan bahu, cepat kenyang bila makan
Hello, sy berumur 28 tahun, sdah berkahwin, lepas kahwin perut jd buncit dan bila makan sy jd cepat kenyang, kalu mkn bnyk sy akan muntah sedikit, bila tido sy tidak selesa di leher, bahu, dan bngun dri tido sy rase letih. Kekadang sy rase menyucuk di dada kiri. Jumpa doktor klinik, jantung ok.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengenallpasti masalah yang anda sedang alami kerana kenyataan yang diberikan adalah terlalu umum. Berdasarkan kenyataan anda, gejala cepat kenyang selepas makan boleh menjadi salah satu tanda penyakit seperti:
- Gastroparesis
- Kanser perut
- Radang pada perut atau usus
Saya sarankan anda untuk mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan simptom-simptom yang anda alami:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Banyakkan senaman yang seimbang
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.