Anonymous
3 tahun
Perut kembung dibahagian bawah pusat
Saya berumur 20 tahun,pada bahagian bawah pusat kiri dan kanan ada stretch mark yg banyak, berat saya semakin meningkat walaupon saya jaga pemakanan mengikut masa sesuai,memgurangkan makanan berminyak dan kuat minum air kosong. Tetapi stretch mark tidak berkurangkan malah makin panjang di bahagian itu.adakah itu normal untuk manusia? Atau abnormal? Sekian dari saya, terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, gejala kesan garisan dikulit serta peningkatan berat badan boleh disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Sindrom Cushing
- Diabetes
- kesan ubat-ubatan (seperti steroid)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























