
Sulit
4 tahun
Perut kembung,keras,cramp
Saya wanita berumur 33 tahun…tdi saya sudah bertanya…perut saya kembung keras,cramp pastu sakit tu menekan menegang menarik ke ulu hati…kat ulu hati jadi keras…dan naik ke leher…jadi saya perlu consume lagi ke hexbio ni sehingga seminggu…sebab baru ambil hari ni…ambil sepaket sekali sehari je boleh ke…kalau saya ke pakar mereka akan buat skop ke…hexbio boleh sembuhkan x…tapi pemakanan juga kena jaga ke

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa sakit dan kembung perut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh pelbagai kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Sayur-sayuran Cruciferous: Sayur-sayuran cruciferous tertentu mengandungi gula kompleks yang dipanggil raffinose yang menyebabkan gas berlebihan semasa pencernaan dan mencetuskan perut kembung. Sayur-sayuran yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk brokoli, kubis, bak choi dan kale. Makanan ini berkhasiat jadi anda tidak perlu mengelakkannya. Namun saiz hidangan ini haruslah dikurangkan dan dimasak sepenuhnya.
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat: Tabiat makan terlalu cepat menyebabkan anda tertelan lebih banyak udara dan menyebabkan perut kembung
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup: Sistem pencernaan memerlukan serat untuk berfungsi dengan baik dan kekurangan serat boleh mengakibatkan masalah sembelit dan seterusnya mengakibatkan perut kembung. Jika anda mengalami sembelit, anda perlu tingkatkan serat pemakanan anda secara beransur-ansur kerana terlalu banyak serat dalam diet boleh mengakibatkan gas berlebihan dan menyebabkan gejala kembung.
- Tekanan atau kebimbangan: Otak boleh mempengaruhi sistem pencernaan. Apabila anda merasa tertekan atau cemas, anda mungkin turut mengalami gangguan pencernaan seperti sakit perut, kembung, sembelit, cirit-birit, dan rasa mual.
- Intoleransi makanan: Sesetengah orang tidak mampu mencerna makanan tertentu, yang boleh mengakibatkan pengeluaran gas berlebihan, mual, dan cirit-birit. Contohnya makanan mengandungi laktosa seperti susu.
- Penyakit radang usus: Kembung adalah gejala umum pada individu yang mengalami gangguan radang usus seperti IBS, penyakit Celiac dan penyakit Crohn.
- Asid refluks: Ini berlaku apabila asid melimpah dari perut sehingga ke esofagus, dan biasanya menyebabkan loya, pedih ulu hati, dan perut kembung. Ia sering berlaku tidak lama selepas makan atau minum dalam kuantiti yang banyak.
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan: Bakteria baik membantu pencernaan. Kurangnya bakteria ini mengganggu penghadaman makanan dan menyebabkan gas berlebihan di dalam perut. Ini boleh disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang membunuh bakteria baik ini sekaligus menjejaskan keseimbangan jumlah mereka di dalam usus.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Untuk mendapatkan rawatan, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih