Sulit
3 tahun
Perut kembung, rasa mual, tekak rasa ada angin tak lepas keluar, nafa ketat
Sy wanita berumur 34thn. Sejak 4hari, sy sering rasa berdebar2, bila terbaca berita2 yg menakutkan. Dan malam sy rs mcm nafas ketat, tekak sy pun rs angin ada sesuatu terlekat, mcm angin. Kdg2 rasa mual. Perut sy pun rs mcm kembung dan sy kerap sendawa. Kenapa ya? Perlukah sy merujuk ke klinik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda sering mengalami perasaan berdebar-debar, nafas ketat, mual dan angin badan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara, iaitu :
- Indigestion
- GERD
- Gastritis
- Ulser perut
- Intoleransi makanan
- Masalah keresahan atau gangguan tekanan
Sekiranya simptom-simptom anda berpanjangan dan mengganggu rutin harian anda, sebaiknya anda merujuk ke klinik untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta rawatannya. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.






























