
Sulit
4 tahun
Perut kerap berbunyi dan mak selalu tegur, sebab bunyinya kuat
Perut saya agak kerap berbunyi dan bunyinya bukan setakat diri sendiri yg dengar tp org yg berhampiran pun boleh dgr. Selalunya mak saya lah yg akan tegur “kuatnya bunyi” saya jarang sembelit, saya juga kerap buang air besar, maksud saya hampir tiap hari 1 kali atau kadang 2 ke 3 hari sekali…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang perut yang sering berbunyi.
Untuk makluman anda, perut yang sering berbunyi bukanlah tanda cacing dalam perut. Perut yang sering berbunyi juga dikenali sebagai perut hiperaktif. Ianya boleh disebabkan oleh:
- Kelaparan
- Alergi terhadap sesuatu makanan
- Keradangan perut
- Penggunaan ubat sembelit atau sakit perut secara berlebihan
- Pendarahan dalam saluran pencernaan
- Penyakit Chron’s
Sekiranya anda mengalami gejala dibawah disamping perut yang berbunyi, sila berjumpa dengan doktor:
- Perut kembung
- Mual
- Muntah
- Cirit birit
- Sembelit
- Najis berdarah
- Penurunan berat badan
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang kondisi yang anda alami, sila berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.