
Sulit
2 tahun
Perut keras, tidak kentut dan buang air besar serta perut berdenyut
Hi Sya wanita 26 tahun, sy mempunyai masalah di atas dimana perut sy da lama berdenyut bermula atas pusat, pusat dan di pinggang kiri kanan, denyutan ini juga dapat dirasa semasa sy baring dan duduk. Kitaran perios sy juga normal dan ujian UPT juga dibuat 2 bulan berturut-turut, dan hasilnya negatif, sy juga ada msalah sembelit dan gastrik. Apakah masalah sy ini serius, ada tak cara untuk sy mengatasi nye. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah palpitasi di bahagian perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- tabiat pemakanan yang tidak sihat
- pengambilan minuman berlebihan yang mengandungi kafein yang tinggi
- penyalahgunaan alkohol
- gangguan gastrointestinal
- sembelit
- masalah pencernaan
- kesan sampingan ubat ubatan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.