
Sulit
4 tahun
Perut masuk angin biasa atau..?
Hi Dr. Saya sering sakit kepala apabila terlambat makan terutamanya jika terlambat makan tengahari dan setiap kali saya sakit kepala saya perlu muntah banyak kali sehingga sakit itu hilang.
Saya tidak ambil sebarang ubat atau makan apa-apa sekiranya saya sudah terasa sakit kepala kerana jika saya cuba untuk makan panadol, atau sebarang makanan yang lain, saya pasti akan termuntah semula isi kandungannya. Saya cuma akan sapukan minyak angin pada perut dan dahi sahaja untuk melelapkan diri. Selepas itu, saya juga seringkali terjaga dari tidur dengan mengejut kerana saya dapat rasakan diri saya hendak sambung muntah.
Agak sukar untuk saya makan tepat pada masa memandangkan jadual padat semasa saya masih belajar di universiti sebelum ini. Jadi, saya seringkali terpaksa hadap situasi ini sekurangnya-kurangnya 1 kali dalam masa 3 minggu.
Saya sudah tidak tahan dengan rasa sakit kepala setiap kali terlambat makan. Kadang-kala susah untuk saya muntah tapi saya tahu sakit kepala itu takkan hilang selagi saya tak habiskan muntah dan betul-betul kosongkan perut. Jadi, banyak kali saya paksa diri saya untuk muntahkan semuanya, yang mana agak perit bagi saya.
Saya perasan yang saya ada masalah ini sejak berusia 15 tahun, sekarang saya 22 tahun. Adakah ini sakit perut dan kepala biasa sahaja kerana masuk angin? Adakah saya perlu ambil sebarang ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Untuk makluman anda, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Penyakit GERD
- Gastrik
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
Untuk menegtahui punca sebenar, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal perlu dilakukan di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk tindakan dan rawatan lanjut sekiranya hal ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.