
Anonymous
6 tahun
Perut memulas ketika datang haid
saya wanita dalam 20’an dan perut memulas ketika haid. Apakah ini sengugut ataupun bukan?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit perut merupakan salah satu gejala yang paling biasa dialami oleh warga perempuan semasa kedatangan haid. Gejala ini bukanlah disebabkan oleh kanser.
Perubahan hormon yang berlaku semasa kedatangan haid akan menyebabkan otot-otot di dalam rahim untuk mengeras untuk membuang darah di dalam rahim. Selain itu, perubahan hormon tersebut akan meningkatkan sensitiviti badan terhadap kesakitan.
Oleh itu, warga perempuan akan mengalami sakit perut semasa kedatangan haid. Sakit perut yang teruk semasa kedatangan haid boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kondisi lain seperti:
- Endometriosis (lapisan dalam rahim yang tumbuh di luar rahim)
- Fibroid
- Adenomyosis
- Jangkitan rahim
Secara amnya, kanser jarang menyebabkan sakit perut semasa haid. Kanser rahim atau kanser pangkal rahim biasanya menyebabkan perdarahan haid yang tidak tentu atau perdarahan faraj selepas menjalin hubungan kelamin.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih