
Sulit
3 tahun
Perut mengeras seharian hamil 36 minggu
Hi doc, saya berumur 31 tahun, mengandung anak ke 5, saya telah 2 kali czer, dan doc cakap anak yang ni pun saya akan melalui czer, persoalan saya doc, sekarang ni saya hamil 36 minggu 2 hari, perut saya pada hari ini sentiasa mengeras tapi belum ada tanda tanda untuk bersalin. Perut mengeras sampai nak tunduk pun tidak boleh dan dari pelviks ke kaki sangat2 sakit. Adakah saya perlu terus ke hospital atau ke klinikk untuk check kandungan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat pelbagai perkara yang perlu dinilai untuk mengenal pasti masalah yang anda hadapi. Bantuan kami di forum ini adalah terhad kerana anda perlu diperiksa secara fizikal dan klinikal. Selain itu, maklumat lanjut mengenai kehamilan anda perlu diketahui juga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan seterusnya berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Antara gejala sampingan mengandung ialah:
- Sakit perut
- Muntah-muntah
- Loya
- Sakit pinggang
- Letih
- Pening kepala/ sakit kepala
- Lenguh kaki
- Perut berangin
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua mengenai berpuasa semasa sedang mengandung, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.