
Sulit
3 tahun
Perut Pedih berserta mual
Saya wanita umur 28 tahun dan telah 11 bulan berkahwin dan belum mempunyai cahaya mata. Dalam sebulan yang lepas saya telah berjumpa doktor bagi masalah perut dan bahagian bawah perut yang pedih. Setelah ujian air kencing dibuat, doktor mengesahkan saya mempunyai masalah kencing kotor dan diberikan antibiotik. Saya sangat lega ketika itu. Dan selepas sebulan dua, saya rasa pedih semula cuma tak seteruk dulu. Kali ni saya rasa macam mual sedikit tapi saya tak syak mengandung sbb perut saya pedih macam dulu cuma kurang dari dulu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Keracunan makanan
- Penyakit asid refluks (GERD)
- gastrik
- Penyakit ulser perut
- Radang pankreas
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.