natashaabu11
4 tahun
Perut Pregnant 2bulan
Nak tanya, adakah pregnant 2 bulan perut masih berlipat lemak atau sudah ada bentuk dan tidak berlipat lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pada saat ini, anda tidak perlu khuatir kerana pada usia kandungan 2 bulan, ia sangat normal jika perut anda belum membesar. Ini disebabkan oleh ukuran rahim anda yang masih kecil.
Pada usia kehamilan seperti ini juga berat badan masih belum banyak kenaikan secara signifikannya. Selalunya, pembesaran perut akan mula tampak lebih jelas pada usia kehamilan lebih 12 minggu. Ini kerana pada usia itu rahim juga sudah mulai membesar. Pertambahan berat badan pun sudah cukup naik dengan nyata.
Jika anda masih mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.