
Sulit
4 tahun
Perut rasa penuh dan kerap sendawa
hi doctor. saya berusia 37 tahun dan seorang wanita.dalam seminggu ini kebelakangan ini saya sering rasa perut saya penuh dan sebu. ianya diikuti dengan kerap sendawa. keadaan ini membuatkan badan saya tidak selesa. Saya tidak menghidap gastrik. saya risau keadaan ini merbahaya. untuk pengetahuan doctor saya seorang yang gemuk dengan ketinggian 153cm dan berat badan saya 67kg. saya dalam usaha untuk memurunkan berat badan.
saya harap doctor dapat memberikan jawapan untuk masalah saya ini.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Pedih ulu hati atau GERD
- Polip gastrik
- Ulser gastrik
- Masalah hati
- Kanser perut atau gastrik
- Kanser usus
Ini hanyalah pandangan kami secara umum. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya rawatan dapat diberikan.
Kami sarankan anda untuk mengawal berat badan dan mengawal berat badan anda untuk mengelakkan masalah dan komplikasi lain timbul disebabkan masalah berat badan yang berlebihan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.